Saturday, 5 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah.



            Masalah merupakan satu keadaan yang memerlukan kaedah penyelesaian yang amat segera. Manakala isu merupakan satu keadaan yang perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Masalah boleh dikategorikan kepada beberapa ketegori seperti misteri, puzzle, dilema dan peluang. Tahap penyelesaian masalah adalah berbeza dalam diri setiap individu. Hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tahap motivasi yang kuat iaitu keinginan untuk mengatasi kesukaran serta cuba untuk mengatasi masalah yang dianggap sukar oleh orang lain. Selain itu, seseorang itu haruslah mempunyai tahap emosi yang stabil bagi membolehkannya menyelesaikan masalah secara objektif dan ini dipanggil sebagai trait yang positif. Jati diri juga merupakan merupakan salah satu sifat penyelesaian masalah di mana penyelesai masalah akan melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi mempunyai kesedaran akan kekurangan dan batasan yang akan dihadapi serta penyelesai masalah akan menggunakan berbagai teknik model dalam penyelesaikan masalah. Masalah yang dihadapi oleh seseorang individu boleh dikelaskan kepada beberapa kelas seperti misteri iaitu keadaan yang menyeleweng daripada keadaan asal di mana keadaan ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang sesuatu peristiwa. Tugasan pula merupakan aktiviti yang harus dilakukan oleh seseorang dengan jelas dan memerlukan tekbik-tekni tertentu. Seterusnya, masalah kesukaran pula merupakan situasi yang amat rumit pelaksanaannya, mencabar dan komlpeks. Situasi yang akan membawa keuntungan pula dikenali sebagai peluang. Usaha yang lebih harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang. Di samping itu, keadaan yang tidak pasti merupakan keadaan di mana kita tidak tahu jawapan serta jalan penyelesaian. Akhir sekali dilema iaitu situasi yang amat sukar untuk mencari penyelesaian serta menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Penyelesaian masalah boleh dilkukan secara saintifik dengan mengikuti tujuh langkah iaitu mendefinisikan masalah, mengkelaskan masalah, tentukan objektif, tentukan ukuran kejayaan, kutipan data, membuat keputusan serta melaksanakan keputusan yang diambil. Dalam hal ini penyelesai masalah haruslah mendefinisikan setiap masalah dengan betul serta mengkelaskan masalah berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang ada pada tiap-tiap masalah. Objektif harus ditentukan bagi menentukan aktiviti yang diingini serta aktiviti yang tidak diingini. Ukuran kejayaan akan menentukan piawaian yang akan menjadi pengukur tahap kejayaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta semua faktor yang menyebabkan timbulnya masalah akan dikumpul bagi memudakan pemilihan opsyen yang paling tepat sebelum membuat keputusan dan akhir sekali melaksanakan keputusan yang diambil dengan memberi penilitian yang rapi bagi membuahkan kejayaan. Sesuatu masalah juga dapat diselesaikan secara saintifik dengan mengikuti beberapa tahap seperti mengadakan hipotesis, mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan. Penyelesai masalah haruslah membuat anggapan yang perlu dibuktikan betul atau salah serta mengumpul maklumat daripada tanggapan yang dibuat. Oleh itu, kesimpulan dapat dibuat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang jelas yang telah dikumpul. Penyelesaian masalah juga boleh dilakukan secara kreatif dengan tidak bersifat kritikal iaitu suka menunda penilaian, tidak bersifat analitikal serta tidak bersifat vertical atau sehala. Penyelesaian masalah melalui perasaan pula merupakan kaedah yang berasaskan kepada konsep kecerdasan EQ. Kaedah ini lebih menekankan sahsiah seseorang individu dalam menghadapi sesuatu masalah iaitu kebolehan mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi emosi dan perasaan. Seseorang individu amat digalakkan menyelesaikan sesuatu masalah secara islam. Kaedah ini terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan hukum serta pendekatan sufi. Pendekatan hukum merupakan satu pendekatan yang berbentuk rasional dan intelektual. Ia dapat berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat namun ia tidak mudah untuk diubahsuai tanpa sebarang sandaran syarak yang kukuh. Manakala pendekatan sufi pula merupakan pendekatan yang dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan ini bersifat lembut dan lunak serta penyelesaian masalah melalui pendekatan ini memerlukan kefahaman mengenai hakikat msalah, sebab masalah serta kaedah penyelesaian.

No comments:

Post a Comment